Definisi 'Stress'
'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.
Robbins, 1993, menerangkannya sebagai: “Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut”.
Secara keseluruhannya 'stress' adalah:
Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran
Gangguan fungsi kehidupan
Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup
Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif
Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu
Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh
Hakikatnya 'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress' sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita.
Keluk ini menerangkan dari 0 hingga titik optimum, seseorang individu itu boleh mengawal 'stress' mereka. Apabila melampaui titik optimum, seseorang itu tidak dapat mengawal stressnya dan memerlukan bantuan dari orang yang dipercayai atau disayangi. Ke bawah dari garisan tahap 'stress' individu tersebut tergolong dalam kategori “gila”.
Cara Penerimaan 'Stress'
Setiap individu mempunyai ketahanan yang berbeza sewaktu menghadapi tekanan atau 'stress'. Biasanya terdapat dua kategori penerima 'stress'.
Individu A:Menerima 'stress' dengan tindakbalas yang menggambarkan keresahan, gementar, marah tidak menentu, emosi terganggu, mengalami penyakit dan sebagainya.
Individu B:Menerima stress dengan tenang dan tidak mengalami perubahan emosi dan fizikal yang negatif. Segala-segalanya dalam keadaan terkawal.
Berbanding Dengan Kesihatan Mental Sihat:
‘Kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang kepada masyarakat. Kesihatan mental adalah kemampuan seseorang individu, kumpulan dan persekitaraan untuk berinteraksi dengan individu lain dengan menggunakan cara pemikiran, perasan dan keupayaan berkomunikasi bagi mencapai kesejahteraan hidup yang saksama’.
(Dasar Kesihatan Mental Kebangsaan Malaysia)
Merasa Selesa Dengan Diri Sendiri
Menghormati diri
Bersikap realistik
Bertolak ansur
Boleh menerima kekecewaan
Tidak terlalu emosi
Boleh menangani pelbagai situasi
Mendapat kepuasan
Merasa Selesa Dengan Orang Lain
Bersikap saling percaya mempercayai
Merasa diri sebahagian daripada ahli kumpulan
Rasa bertanggungjawab kepada orang lain
Boleh menerima perbezaan pendapat
Tidak mengambil kesempatan
Berupaya menyayangi
Memupuk hubungan yang memuaskan dan berkekalan
Punca 'Stress'
Penyebab kepada 'stress' berbeza-beza di antara satu individu dengan individu yang lain. Antara lain dapat dikategorikan sebagaimana berikut:
Individu – berpunca dari segi kepercayaan, perasan, cara berfikir dan cara kita bertindak
Interpersonal – mempunyai hubungkait dengan orang yang kita temui.
Organisasi – institusi di mana kita bekerja
Masyarakat – tempat kita tinggal dan bekerja
Lain-lain – budaya, negara, antarabangsa, atau sejagat
Faktor-faktor 'Stress'
Faktor interpersonal
Faktor diri
Faktor organisasi
Faktor kekurangan sumber
Faktor luaran
Faktor interpersonal
Konflik dengan rakan, pekerjaan dan lain-lain
Hubungan tidak baik, tidak dapat sokongan, kepercayaan dan kerjasama.
Konflik dengan pihak atasan
Faktor diri
Hubungan suami/isteri (dalam keluarga)
Sakit/penyakit
Keinginan tidak tercapai
Dendam dan iri hati
Takut kebebasan
Rasa bersalah
Perpindahan/perubahan mengejut
Faktor organisasi
Semua kerja perlu segera -kesuntukan masa
Beban kerja berterusan (kronik)
Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas
Bebanan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif
Mengalami kebosanan di tempat kerja
Merasakan idea sendiri yang betul
Selalu salahkan orang lain
Rasa tidak sabar dan mudah meradang terhadap rakan kerja
'Stress' di tempat kerja juga boleh berpunca dari:
Rasa tertekan dengan sikap ketua/ majikan
Terlalu banyak atau terlalu sedikit kerja
Pertukaran dalam prosedur atau polisi
Tiada objektif jelas
Ruang atau persekitaran tempat kerja yang tidak selesa
Terlalu bosan dengan tugas akan membawa risiko ‘job burnout’ tanda-tandanya:
Bosan bekerja
Mengasingkan diri
Malas ke tempat kerja
Rasa pekerjaan tidak sesuai dan rendah tarafnya
Faktor kekurangan sumber
Peraturan dan polisi
Material
Kewangan
Manusia
Faktor luaran
Bunyi bising
Alam pekerjaan
Suhu
Persekitaran
Tanda-tanda 'Stress'
Tegang dan gementar serta gugup
Terlalu runsing – fikiran terganggu
Tidak boleh santai
Rambut keguguran
Sukar tidur
Enggan kerjasama
Tindakan mengambil dadah
Emosi tidak stabil
Takut menghadapi masalah
Otot mengalami sentakan-sentakan kecil
Sistem imun badan lemah
Pernafasan kencang
Sakit jantung
Sakit kepala
Perut sebu masalah penghadaman
Darah tinggi
Strategi Menangani 'Stress'
Muhasabah diri
- lihat keupayaan diri – visi nasional Wawasan 2020 (ke 2)
- kekuatan dan kelemahan
- mengkaji bentuk kemahiran yang diperlukan
Kemahiran pengurusan kendiri
- perancangan sistematik
- pengurusan masa
- kaji kegiatan
- kaji keseimbangan dalam hidup
Pengurusan emosi- fahami situasi
- kenal pasti reaksi emosi terhadap tekanan
- keupayaan mengawal emosi
- pelepasan emosi secara sihat
Kemahiran penyelesaian masalah
- kenal pasti masalah
- cari maklumat
- analisis maklumat
- cari alternatif
- nilai alternatif
- buat tindakan
- nilai
Jaga kesihatan fizikal- amalkan permakanan seimbang
- cuba hentikan merokok
- kawal berat badan
- latihan jasmani
- masa rehat
- kurangkan beban kerja
Aktiviti/hobi
- membuat sesuatu yang menyibukkan diri, tetapi tidak menyusahkan orang lain
- melakukan aktiviti yang menyeronokkan
- ambil cuti dan melancong
- kerap bersama-sama keluarg di hujung minggu
- bermain muzik / menyanyi / karaoke
- melukis
- menulis lirik lagu
- memancing
- berkayak
- lain-lain
Pengendalian 'Stress' Yang Berpunca Dari Kerja dan Tugas
Buangkan perasaan ‘superman’ dalam diri
Aturkan pengurusan masa
Buat sesuatu yang baik untuk orang lain
Pergaulan bersama rakan sekerja
Belajar kemahiran atau perkara yang baru
Hadapi masalah kerja secara terus
Berbual mengenai tajuk yang tiada kaitan dengan stress yang dihadapi
Membantu orang lain
Berbincang melalui jawatankuasa di jabatan
Maklumkan kepada ketua mengenai rancangan kita
Strategi Mengurangkan 'Stress' Aspek Kerohanian
Kerohanian adalah faktor penting 'stress'. Cara terbaik ialah merapatkan hubungan diri dengan Allah.
- sembahayang
- zikir
- munajat
- meditasi
- berguru
- berbincang dengan rakan
Proses Meditasi
Tutup mata selama 10 hingga 20 minit
Pusatkan perhatian kepada sesuatu rangsangan
Proses meditasi berlaku sebaik sahaja fikiran kita ‘mengembara ataupun bergerak’
Adakalanya fikiran kita mengembara jauh dari rangsangan asal
Kemudian kembali ke rangsangan asal di mana penumpuan diberi dengan baik
Munajat
Bernafas perlahan-lahan
Letakkan tapak tangan kanan ke arah kiri dada (kebahagian jantung)
Tumpukan fikiran untuk pembersihan rohani kebahagian jantung dan hati
Pejamkan mata dan mulailah dengan zikir munajat atau mendengar melalui kaset
Strategi Mengurang 'Stress' Aspek Fizikal
Strategi mengurangkan tekanan aspek fizikal:
Diet
Urut
Mandi air suam/berendam kolam air panas
Menangis
Bermain
Menjerit
kamarul_skse@yahoo.com